PROMOSI MENU TERBARU DI TONY ROMA'S MALAYSIA

Tony Roma's adalah salah satu restoren yang popular dengan makanan barat dimana mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berasaskan tulang rusuk, stik dan juga makanan laut seperti sotong, udang dan lain lain. Baru baru ini Tony Roma's memperkenalkan menu baru iaitu "Spin and Savour" dan "Tacos" yang cukup menyelerakan.

Tony Roma's menyediakan tiga menu yang berbeza untuk Spin and Savour dimana pelanggan boleh menikmati 3 hidangan berlainan iaitu Lamb SkewerChicken Skewer dan Beef Skewer yang didatangkan dengan tiga pilihan "side dishes" yang sangat mengenyangkan seperti Tortilla Wrap and FriesRice and Brocolli dan juga Pasta.

Beef Skewer with Pasta - RM42*

Chicken Skewer with Rice and Brocolli - rm35*

Lamb Skewer with Tortilla Wrap and Fries - RM48*

Tony Roma's juga menyediakan Spin and Savour Board dimana pelanggan akan diberikan peluang untuk "spin" board tersebut dan berpeluang untuk memenangi voucher makanan yang cukup menarik seperti complimentary bountiful beef ribs with any ribs and steak purchase, complimentary onion loaf dan banyak lagi.


Selain Spin and Savour, Tony Roma's juga memperkenalkan menu baru yang berasaskan tacos. Terdapat tiga jenis tacos yang boleh dinikmati iaitu Lamb TacosShrimp Tacos dan Beef  Tacos yang juga didatangkan dengan tiga "side dishes" yang berbeza seperti Potatoes Croquette,Nachos with Picante Salsa atau Crispy Onion Rings.

Beef Tacos with Crispy Onion Ring - RM19*

Lamb Tacos with Potatoes Croquette - RM21*

Shrimp Tacos with Nachos and Picante Salsa - RM23*

Tidak lengkap rasanya kalau menikmati hidangan yang lazat tanpa minuman yang menyegarkan. Jangan risau kerana Tony Roma's menyediakan minuman segar yang berinspirasikan "Mexicana" seperti Pina Strawberry Swirl (RM19.72*), Pina Mango Swirl (RM19.72*), Pineapple & Grape Blast (RM18.77*), Cranberry Mojito (RM18.77*) dan Mint and Fruit Dream (RM18.77*).


Promosi untuk Spin and Savour dan Tacos ini berlangsung sehingga 11 September 2018 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri menu promosi dari Tony Roma's sekarang. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan promosi dan menu, korang boleh rujuk maklumat seperti dibawah.

Laman Web :

Facebook :

Instagram :
Share:

Popular

Labels

Recent Posts