SYILING DIRHAM MERDEKA KE-60 HABIS TERJUAL DALAM MASA 30 MINIT!



  

Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah jongkong emas, perak serta logam bernilai lain di Malaysia melancarkan syiling edisi khas Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 pada 7 Ogos lalu. Syiling dirham yang diperbuat dengan perak tulen 99.9% dengan berat 5.950 gram dihasilkan cuma 3000 keping untuk jualan menerusi platform atas talian www.nubex.my

Syiling Dirham edisi terhad ini menampilkan lakaran kombinasi Jalur Gemilang pada gelang syiling bahagian luar disulami cetakan 60 tahun kemerdekaan manakala lakaran syiling tengah mengandungi imej tugu negara. Menarik mengenai syiling ini, ianya adalah pertama kali diperkenalkan di dunia yang membolehkan kepingan syiling diceraikan kepada dua kepingan dengan setiap satunya (2.975 gram) boleh dijadikan koleksi bernilai untuk pelaburan.
Nubex Sdn Bhd optimis untuk terus menjadi pelopor kepada produk keluaran logam bernilai edisi terhad di Malaysia. Berdasarkan sambutan kepada keluaran syiling khas sebelum ini, syiling dirham kemerdekaan ini juga habis terjual dalam masa kurang sejam,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd. 

“Pertama kali dihasilkan di dunia, dua kepingan dirham yang digabungkan dalam satu keluaran syiling menampilkan nilai eksklusif serta estetika tersendiri untuk pengumpul syiling tempatan. Tampilan ciri unik pada syiling edisi terhad yang dijual pada harga pasaran RM 29.00 (harga ahli RM26.00) bermula pada 7 Ogos lalu adalah hadiah istimewa bersempena ulangtahun Malaysia tahun ini,” ujar Mohd Fayzi Omar, Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd.


Nubex Sdn Bhd yang ditubuhkan semenjak tahun 2009 sehingga kini adalah pelopor utama aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarkan logam emas yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.
Share:

DE' GOUFFRON TTDI LOKASI ACARA MEWAH PATUT CUBA!



De’Gouffron yang terletak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur kini membuka ruang acaranya kepada penganjur luar untuk mengelolakan sebarang aktiviti pelancaran khas, termasuk majlis perkahwinan dan makan malam korporat. Dibuka sejak 2015, De’Gouffron sehingga hari ini telah menganjurkan pelbagai acara yang melibatkan golongan korporat dan selebriti.


De’Gouffron (Gouffron Sdn Bhd) yang merupakan anak syarikat kepada Nubex Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mohd Faizal Mohd Nor, graduan universiti dari Western Michigan, Amerika Syarikat dan pernah mengetuai jabatan di beberapa organisasi termasuk sebagai Naib Presiden di bank Al-Rajhi. De’Gouffron yang berkeluasan 8,180 kaki persegi dilengkapi dengan pentas rekaan terkini, sistem audio visual dengan teknologi semasa, dekorasi mewah dan elegen, perkhidmatan katering, servis pengangkutan termasuk koordinator trafik untuk pergerakan pergi-balik ke dewan acara.

 
Lokasi De’Gouffron yang terletak strategik di lingkungan lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IKEA Damansara dan Mutiara Damansara, boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu untuk set buffet bebas dan 600 tetamu untuk set makan formal dalam dekorasi dewan berhawa dingin dengan kemasan hamparan rumput hijau mewah. De’Gouffron menawarkan harga pakej serendah RM29.90 seorang untuk pakej perkahwinan lengkap termasuk katering, pelamin, hiasan dekorasi dan pramusaji manakala untuk acara lain, harga tertakluk kepada keperluan.


De’Gouffron adalah hentian setempat untuk penganjuran acara berskala besar, di dalam dewan tertutup berhawa dingin yang serba mewah sebagai alternatif kepada yang inginkan kelainan, contohnya konsep acara dalam taman. Pengalaman pasukan De’Gouffron dalam mengendalikan pelbagai acara pasti membantu para penganjur dalam memastikan perjalanan acara lebih lancar,” ujar Mohd Faizal Mohd Nor, Pengarah Urusan Gouffron Sdn Bhd yang juga adalah Presiden untuk syarikat Nubex Sdn Bhd.



 
Untuk maklumat lanjut berkenaan De’Gouffron, layari www.gouffron.com Ikuti laman sosial De’Gouffron menerusi laman Facebook dan Instagram @de.gouffron untuk acara dan promosi terkini.
Share:

REBUT SYILING EDISI KHAS BI-LOGAM (EMAS & PERAK) SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017!



Kuala Lumpur bakal menganjurkan kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29 selepas kali terakhir dianjurkan di negara ini pada tahun 2001. Penganjuran acara yang bakal berlangsung sepanjang Ogos 2017 bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos kelak. 
Menarik hari ini, Nubex Sdn Bhd tampil memperkenalkan koleksi syiling bi-logam edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khas untuk peminat sukan serta pengumpul syiling. 

Hadir dalam rekabentuk bi-logam, syiling edisi khas Sukan SEA 2017 direka dalam gabungan kemasan emas dan perak, menzahirkan elemen eksklusif rekaan koleksi terhad ini. Kemasan luar yang diperbuat daripada perak 99.9% (berat 2.975g) mengelilingi kepingan emas 99.99% (berat 0.5g) turut disertakan dengan tekad grafik acara sukan berprestij ini. 
 
  
Dengan jumlah pengeluaran hanya 5000 keping, Nubex yakin pasaran syiling ekslusif bakal menerima sambutan baik pembeli tempatan dan antarabangsa.

“Kami di Nubex yakin syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan menerima sambutan ramai.  Syiling bi-logam ini juga adalah koleksi edisi unik kerana menggabungkan elemen emas 99.99% dan perak 99.9%,” menurut Bakhtiar Abd Majid Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd

 
Syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijual pada harga RM177.00 (termasuk GST) dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai 17 Julai 2017. Nubex Sdn Bhd adalah empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.


Share:

Popular

Labels

Recent Posts