RAMADHAN BUFFET 2017 ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR


RAMADHAN BUFFET 2017 ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR

Kurang sebulan lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan bulan yang mulia. Pada waktu inilah kita sering teringat dengan juadah kampung dan masakan ibu tercinta ketika berbuka puasa. Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar Kuala Lumpur di bawah satu bumbung berkonsepkan “Selera Desa kembara Iftar Di Kuala Lumpur”.


Antara sajian kembara iftar yang dihidangkan ialah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan produk daripada durian seperti Serawa, Wajik, Puding dan banyak lagi.


Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Cef Yohanis, Cef Mariam, Cef Syukri, Cef Alias dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Seperti semua orang ketahui, masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama.

Malahan juadah yang disajikan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dimemori kita. Antaranya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road.

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.


Bagi penggemar-penggemar durian pula, kami menyajikan pemanis mulut yang segalanya daripada durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 bersih. Tawaran istimewa ini sah sehingga 15 Mei 2017. Selepas tarikh ini baucar dijual pada RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 samb. 7703.
Share:

RAMADHAN BUFFET 2017 RED BOX PLUS PAVILION KL



Bermula 25 Mei hingga 24 Jun ini, pengunjung boleh menikmati lebih 40 hidangan bertemakan “Selera Muhibah” yang dijamin menepati selera semua pengunjung pusat karaoke berkonsepkan keluarga, Red Box PLUS, di Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.


Hidangan buffet bermula seawal jam 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga serendah RM70 seorang. Harga promosi ini sah setiap hari Ahad hingga Khamis bagi pengunjung yang berdaftar sebelum jam 8 malam. Sementara harga yang ditawarkan untuk setiap Jumaat dan Sabtu pula ialah RM76 seorang, di mana pelanggan dapat menikmati tambahan pada Menu utama iaitu Ikan Bakar dan Ayam Percik. Ikan Bakar seperti ikan selar, ikan pari, ikan cencaru pastinya enak dimakan bersama nasi panas selain Ayam Panggang yang dicurah dengan sambal percik. Menariknya, kedua-dua hidangan ini disediakan menggunakan resepi ‘homemade paste’ Awang Brand.


Sememangnya, tiada masakan lebih enak selain dengan hidangan kampung yang disediakan dengan ramuan asli dan citarasa tradisional. Tidak hairanlah jika pes Awang Brand semakin menjadi pillihan bukan sahaja di pasaran, malah untuk tujuan kolaborasi buffet “Selera Muhibah” Red Box PLUS pada kali ini.


Antara sajian lain yang disediakan berasaskan pes Awang Brand adalah Udang Masak Sambal Petai, Rendang Tok, Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. 


Tidak lengkap “Selera Muhibah” tanpa hidangan tempatan dan internasional pilihan ramai seperti Kailan Ikan Masin, Itik Panggang, Ikan Stim Halia, Sotong Goreng Telur Masin, Stek Daging dengan sos lada hitam, Kambing Panggang, Spaghetti Carbonara dan banyak lagi. Sajian pembuka selera seperti Sup Cendawan, Garlic Bread, Keropok (crakers), Kerabu, Ulam-ulaman, Rojak Buah, turut disediakan.


Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan sejuk segar seperti Oyster dan Makanan Laut Segar, serta pencuci mulut dan Buah-buahan serta pelbagai jenis Pastri dan Kuih Muih Tradisional Melayu. Turut tersedia, hidangan air panas dan sejuk dengan penggunaan bilik eksklusif selama 3 jam.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Red Box PLUS Karaoke, Pavilion Kuala Lumpur di talian 03-2148 3322 atau layari www.redbox.com.my.
Share:

RAMADHAN BUFFET 2017 VE HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH


Bulan Ramadhan bakal menjelma lagi. Bermula pada 29 Mei sehingga 23 Jun 2017, V E Hotel & Residence (V E Bangsar South) mengalu-alukan kehadiran bulan mulia ini dengan berbagai-bagai jenis hidangan enak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan citarasa unik Malaysia di restoran mereka, The Straits Estate. Dikatakan ada sehingga 280 jenis makanan akan di hidang sepanjang promosi buffet ramadhan di bulan puasa ini.

Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang meliurkan, hasil pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Sajian menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia. Chef Unaver yang berasal dari Sabah akan mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab (timur tengah) serta kecintaan beliau terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’ (Bazar Negeri Selat & Arab) tahun ini.


“Citarasa rakyat Malaysia dalam menikmati pelbagai jenis makanan sudah tidak asing lagi , oleh sebab itu kami ingin mencari dan menyediakan sesuatu kelainan daripada selera tempatan bagi meningkatkan lagi mutu pengalaman kulinari di restoran kami.” kata Chef Unaver. “Memandangkan berbuka puasa bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi komuniti di seluruh dunia, kami telah berusaha untuk menggabungkan elemen makanan rantau Arab tanpa mengetepikan citarasa unik Malaysia untuk santapan di bulan yang mulia ini.”

Chef Unaver berjaya menghasilkan menu yang diatur khas untuk ‘Straits & Arabian Bazaar’ yang memberikan keseimbangan antara hidangan Arab yang popular dengan hidangan istimewa Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Para tetamu boleh menikmati jamuan berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan dengan hidangan pembuka selera seperti Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku Dengan Udang Kering, Serunding Ayam dan Daging dan banyak lagi.


Kemudian, lengkapkan selera korang dengan hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam (makanan jalanan yang klasik), dan Sup Harira yang berkhasiat (sup tomato dan kekacang).


Para pengunjung juga boleh menikmati masakan Melayu yang hebat seperti Kambing Golek dan Ayam Golek yang diperap dengan resipi tradisi Kelantan, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka dan Ayam Percik Terengganu. Tambahan lagi, anda juga boleh memuaskan selera makanan laut yang dibakar seperti Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan banyak lagi.


Bagi mengakhiri juadah ini, para tetamu juga boleh menikmati pemanis mulut seperti Pancuran Coklat dengan pelbagai kondimen, Tart Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi atau hidangan manis tempatan seperti Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang, aneka kuih-muih Melayu dan berbagai-bagai jenis pemanis mulut yang lain.


Pastikan anda tidak terlepas promosi Straits & Arabian Bazaar seperti berikut:

1. Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa bawah promosi “Early Bird
Savings”.
2. Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi
menikmati potongan harga sebanyak 20%:
  a. Harga biasa RM128 bagi dewasa
  b. Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau
  RM1,588 semeja

Untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 2246 2888 atau emel kepada dine@vehotel.com. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai V E Hotel & Residence, sila layari http://www.vehotel.com/ atau log masuk ke https://www.facebook.com/VEBangsarSouth/ untuk melihat promosi atau aktiviti terkini mereka.
Share:

RAMADHAN BUFFET 2017 SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES KL

RAMADHAN BUFFET 2017 SWISS-GARDEN & RESIDENCE KL

Ramadhan again and this time, Swiss-Garden Hotel & Residences will feature an array of "Citarasa Kampung" Ramadhan Buffet starting from 27th May to 24th June 2017. The Ramadhan Buffet will be available at Flavors Restaurant, located at Level 1 of the Hotel. Diners can opt for more than 100 variety of culinary delights and desserts, all priced at RM118 nett per person. For early birds, Ramadhan Buffet vouchers can be purchased at the price of RM70.00 nett per person and RM35.00 nett per child and this promotion valid till 26th May 2017. 

The "Citarasa Kampung" will feature Chef Yusoff Salleh, the Hotel's Malay Sous Chef with his specialties of authentic Malay cuisine. Some of the highlights of Ramadhan Buffet are "Nasi Kerabu", “Gulai Tulang Rusuk Lembu”, "Ikan Patin Masak Tempoyak”, "Asam Pedas Melaka "Sambal Udang Petai", "Kerabu Tembikai", "Bubur Lambuk Burung Unfa", "Rendang Tok and "Puyuh Goreng Berempah". Action stalls are available too and diners choose from Arabic Roasted Lamb. Chicken Shawarma, Noodie Stall (Curry Noodle,Asam Laksa and Soup Noodle), Nasi Bukhari, Grilled Fish and “Ayam Goreng Berempah".


To end your breaking fast, head to dessert counter with moth-watering Malay Kuih, ice­cream, "Pulut Manga", Onde-onde, assorted French Pastries, Malay "Bubur", Basbousa & Kanafeh and many more.... simply irresistible.

RAMADHAN BUFFET 2017 SWISS-GARDEN & RESIDENCE KL

Chef Yusof brings more than 20 years of experience. He started his humble career as a commis for a small hotel in Langkawi, Kedah, Perak. Four years later, Chef Yusoff continues expanding his career as a commis 3 and Chef de Partie for 16 years in an international chair hotels before joining Swiss-Garden Hotel & Residences as Malay Sous Chef.

His inspirational to work as a chef derived from his passion in cooking and the experience to learn new cuisine from others. In his position of the Malay Sous Chef at this hotel, he is able to prepare his delicious Malay signature dishes such as Rendang Tok, Ikon Jenahak Asam Pedas Ayam Percik Kambing Golek and many other Malay specialties, and most of it is the hand down recipes by his late grandmother, who taught him on using a lot of herbs and spices in Malay cooking.

For reservations ( or purchase your Ramadhan Buffet Vouchers), please contact +03-27851190 or email at faizal.daud@shrkl.swissgarden.com.
Share:

RAMADHAN BUFFET 2017 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

RAMADHAN BUFFET 2017 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

Treat your senses to a gastronomic indulgence as the culinary maestros of Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel bring forth a feast not to be missed! During the fasting month, treat your family and friends to dinner in style as our kitchen features a delectable spread of home-made authentic “Resepi Masakan Ibu” experience here at Essence Restaurant, where you can find your favourite mom’s recipe in mouth-watering delights at our collection of stalls and live cooking stations, each traditionally decorated to its food origins.

RAMADHAN BUFFET 2017 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

Essence aims to bring about a delightful and tantalizing spread mainly of Mother’s secret recipe, boasting more than 300 mouth-watering specialties from traditional “Resepi Masakan Ibu” (Malay cuisines) and other local favourites and International delights.

RAMADHAN BUFFET 2017 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

Guest can expect an array of famous dishes such as Steamed Bamboo Rice, Nasi Lemak Berlauk, Sup Keting, Kerabu Sheraton, Baked Salmon with Onion Acar, and Gulai Kawah Rusuk are just a few from the 120-metre buffet spread, you can witness our chefs create dishes at live cooking stations for a dining experience that engages all your and heartily satisfies the appetite, using the freshest ingredients.

RAMADHAN BUFFET 2017 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

RAMADHAN BUFFET 2017 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

The Buffet is priced at RM 155 nett per person with an early bird promotion priced at RM 108 nett (from now until 28 May 2017). The “Resepi Masakan Ibu” at Essence Restaurant is available for dinner only from 29th May to 23rd June 2017. Children below 4 years old eat for free and Children aged 4 to 12 years old will received 50% discount. 

Wait no longer! Go ahead and plan your fasting gathering with your loved ones today at Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel’s Essence restaurant. For reservations, call 03 2717 9933 or email to Essence.Venue@sheraton.com to book your seats today.

For those who would like to break fast in the comfort of their homes or in more exclusive venues, the Hotel also caters for outside catering or at its various function spaces. For cozy company gatherings or private get-togethers, we encourage you reach out to the hotel’s Catering team at 03 2717 9900 or e-mail catering.imperial@sheraton.com to find out more about the hotel’s special Ramadhan Banquet and meeting offers.
Share:

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

Terdapat 50 jenis hidangan Thai bakal dihidangkan untuk tetamu-tetamu CHAKRI PALACE pada bulan puasa nanti. Antara hidangan wajib mereka ialah seperti Thai Mango SaladThai Papaya salad / som tam (Thai: ส้มตำ).

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

Bagi korang yang biasa dengan makanan thailandMieng Kam (เมี่ยงคำ) pasti akan menjadi menu yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang. Selain dari itu, anda juga dapat menikmati menu makanan signature lain thai seperti SamosaCrispy Thai Spring RollsThai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi.

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

MAKANAN THAILAND | Untuk hidangan utama, tetamu boleh menikmati pilihan masakan Thai kami seperti kambing kari hijau Thai, udang dengan sos mentega dengan telur masinsotong goreng dengan telur masinTomyam makanan lautdaging lembu dengan sos lada hitam dan ikan masak pedas & manis (fish with sweet & spicy sauce).

MAKANAN MELAYU | Selain menyediakan menu selera Thai, mereka juga memperkenalkan pelbagai menu kegemaran Malaysia, termasuk Rendang Daging TokMasak Lemak Gulai DagingAyam Kapitan dan Nasi Beriani.

Anda juga boleh menikmati menu khas satay ayam & dagingikan bakar dan mee tom yam yang dimasak secara langsung untuk anda di gerai-gerai khas.

PENCUCI MULUT | Sebelum balik, tidak sah jika korang tidak mencuba menu pencuci mulut Thai yang terkenal seperti Red Ruby Waterchestnutmangga pulut Thai dan pelbagai kuih-muih melayu, bubur jagung dan banyak lagi.

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

RAMADHAN BUFFET 2017 CHAKRI PALACE

HARGA BUFET | Imperial Chakri Palace KLCC Chakri Palace Pavilion dengan konsep bufet makan malam "Tantalizing Tastes of Thailand" akan disediakan setiap hari dari 30 Mei 2017. Mereka menyediakan tiga menu yang berbeza dan akan bergilir setiap hari di bulan Ramadhan dan dibuka dari jam 07:00 petang dan seterusnya. Harga bufet Chakri Palace ialah RM95.90 ++ (KLCC) RM85.90 ++ (Pavilion) seorang untuk dewasa, manakala RM49.90 ++ (KLCC) & RM42.90 (Pavilion) bagi setiap kanak-kanak berumur antara enam dan sepuluh tahun dan juga untuk warga emas (> 60 tahun), manakala kanak-kanak di bawah umur 6 tahun makan secara PERCUMA.

TAWARAN PELANGGAN AWAL | EARLY BIRD OFFER | Rancang dan tempah tempat duduk anda lebih awal untuk menikmati potongan harga yang hebat!

Pembelian sebelum 30 May2017 pada RM75.90 ++ Per Adult (KLCC) 
Pembelian sebelum 30 Mei 2017 pada RM65.90 ++ Per Adult (Pavilion)

**Pesanan minimum 4 orang
**Tawaran hanya sah digunakan untuk tempoh dari 10 APRIL 2017 - 30 Mei 2017 sahaja.
**Tempahan Berkumpulan BELI 5 PERCUMA 1

Untuk semua pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 23827788 (KLCC) / 03 21.431.141 (Pavilion) atau +6 016 2.277.182 atau e-mel marketing@chakri.com.my atau layari mereka di laman sesawang http://berbuka.chakri.com.my



Share:

RAMADHAN BUFFET 2017 DORSETT KUALA LUMPUR

RAMADHAN BUFFET 2017 DORSETT KUALA LUMPUR

Segmen #RamadanBuffet2017 pada kali ini adalah di Dorsett Kuala Lumpur, iaitu salah sebuah hotel yang berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur Dorsett Kuala Lumpur di kawasan Segitiga Emas di Kuala Lumpur (heart of Kuala Lumpur's Golden Triangle). Lokasi hotel ini hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki ke depan pintu pusat membeli belah ternama Pavilion, Starhill Gallery, Fahrenheit 88, Lot 10, Sungei Wang, Berjaya Times Square dan Low Yat Plaza. 


Buat tempahan awal untuk harga promosi buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ini, korang boleh membuat tempahan bermula hari ini sehingga 25 Mei 2017 kerana harga yang ditawarkan hanya RM79 nett sahaja untuk dewasa. Manakala selepas tarikh tersebut sehingga 23 Jun 2017, harganya kembali ke asal iaitu RM99 nett sahaja untuk dewasa.

Anda telah membaca artikel berkenaan RAMADHAN BUFFET 2017 DORSETT KUALA LUMPUR
Share:

FARM IN THE CITY 城の农场 SERI KEMBANGAN


FARM IN THE CITY 城の农场  SERI KEMBANGAN

Farm In The City 城 の 农场 merupakan satu konsep petting zoo yang cukup unik yang menggabungkan unsur-unsur hidupan dan set alam semula jadi. Farm In The City 城 の 农场 ini menjadi tumpuan kepada golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti sambil melakukan aktiviti yang sihat kerana ia merupakan lokasi pelancongan yang menawarkan gabungan konsep pendidikan dan hiburan ke dalam gaya hidup dan suasana sebuah perkampungan di Malaysia, seperti adanya dusun buah-buahan dan ladang dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan ternakan dan liar.

FARM IN THE CITY 城の农场  SERI KEMBANGAN

Kebanyakan haiwan di biarkan untuk berkeliaran bebas di dalam kandang khas yang dibuat seakan habitat semula jadi mereka. Ini menyebabkan penerokaan Farm In The City 城 の 农场 akan menjadi lebih seronok apabila ianya dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi rapat dengan menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di sana.*makanan haiwan diberi secara percuma.

FARM IN THE CITY 城の农场  SERI KEMBANGAN

Anda telah membaca artikel berkenaan FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN.

Share:

Popular

Labels

Recent Posts