‘EXTREME ROADTRIP’ TUNAIKAN BUCKET LIST 3 SELEBRITI WANITA POPULAR TANAHAIR

~Sherry Al Hadad, Elfira Loy dan Ardell Aryana Lakukan Pelbagai Aktiviti Mencabar~


KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2016 – Saluran gaya hidup, Astro Bella kembali dengan sebuah program travelogue terbaru, Extreme Roadtrip yang menggabungkan konsep road trip dan bucket list! Program yang menampilkan 3 selebriti wanita popular ini bakal menyaksikan Sherry Al Hadad, Elfira Loy dan Ardell Aryana menyempurnakan bucket list mereka dalam melakukan pelbagai aktivit ekstrem dan mencabar di seluruh negara. Mulai bersiaran 1 Oktober ini, setiap Sabtu jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD.

Daripada menjalankan aktiviti selaman skuba di Terengganu, pengembaraan ATV, sehinggalah bertarung dengan angin sewaktu menyempurnakan aksi paragliding di Jugra; semua ini dapat dilihat dalam program ‘Extreme Roadtrip’. Bukan itu sahaja, mereka bertiga akan membawa penonton menelusuri keindahan bandar-bandar kecil yang jarang dijelajahi di Malaysia. Mendapat sentuhan pengarah terkenal Nizam Zakaria, ‘Extreme Roadtrip’ bakal bersiaran selama 13 episod. ‘Extreme Roadtrip’ bakal membawa penonton menjelajah ke tempat-tempat menarik di Malaysia bersama tiga selebriti, yang punyai personaliti berbeza.
Share:

No comments:

Post a Comment

Popular

Labels

Recent Posts